5 Cabaran Utama Dihadapi Pengurusan Sumber Manusia Di Malaysia
Pada masa ini terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh pengurusan sumber manusia dalam menuntut akan persekitaran kerja yang pantas. Ini disebabkan oleh banyak urusan penting yang perlu dijaga oleh jabatan sumber manusia agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua staff mengikuti peraturan dan undang-undang di Malaysia. Kunci untuk semua cabaran ini adalah mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di peringkat global. Ini tidak sukar untuk dilakukan kerana dengan adanya sambungan internet, seluruh dunia benar-benar menjadi perkampungan global.
Fungsi utama pengurusan sumber manusia sentiasa berubah mengikut peredaran masa selama bertahun-tahun. Lebih banyak perniagaan yang telah menyusun semula peranan pengurusan sumber manusia supaya mereka dapat mengurus dan mengembangkan kos syarikat dengan berkesan dan lancar. Sebilangan syarikat telah memutuskan bahawa yang terbaik adalah dengan mengalihkan beberapa fungsi kepada pihak ketiga supaya sumber dalaman dapat menumpukan lebih banyak masa pada isu-isu strategik. Adalah sesuatu yang terbaik untuk mengatakan bahawa syarikat masa kini sentiasa memeriksa dan memantau fungsi pengurusan Sumber Manusia dengan tujuan untuk mempertingkat perkhidmatan dan peruntukan masa yang terbaik dalam sesuatu perkara yang dihadapi.
1. Mematuhi Undang-Undang dan Peraturan
Mengikuti segala perubahan terhadap undang-undang pekerjaan adalah satu perkara yang perlu diperjuangkan bagi semua pemilik perniagaan. Namun begitu masih ramai yang memilih untuk mengabaikan undang-undang pekerjaan dan percaya bahawa undang-undang tersebut tidak perlu dan patut untuk diamalkan dalam perniagaan mereka. Dengan berbuat dan berfikiran begitu, masalah besar akan timbul terutama ketika audit mahupun tunutan undang-undang perlu dijalankan maka syarikat akan mengalami masalah yang berat dan mempunyai kemungkinan membolehkan syarikat tutup operasi.
Tidak kira seberapa besar atau kecil perniagaan anda, adalah penting untuk anda sentiasa mematuhi undang-undang pekerja tempatan, negeri dan persekutuan. Terdapat pelbagai peraturan yang patut dipatuhi mengenai segala perkara, mulai dari pengambilan pekerja, pembayaran upah, hingga keselamatan di tempat kerja.
2. Pembangunan Kepimpinan
Kebanyakan tenaga kerja dalam pengurusan sumber manusia adalah pekerja yang berpengalaman dan semakin menginjak usia. Perkara ini telah menjurus kepada kepentingan dalam pembangunan pemimpin yang baru. Pengurusan sumber manusia yang sedia ada perlu mempertimbangkan untuk menyusun rancangan penggantian formal dan memulakan penekanan yang lebih banyak dalam melahirkan pemimpin masa depan yang setanding dan lebih proaktif dalam membantu syarikat pada masa hadapan. Ketika syarikat semakin berkembang maju, pembangunan pemimpin juga harusla seiring dan telah mampu menjadi inisiatif utama dalam pengekalan pekerja yang lebih baik.
Antara alasan pekerja yang bertukar syarikat adalah kepimpinan yang lemah sebagai alasan utama untuk meninggalkan pekerjaannya. Hal ini kerana, pekerja menginginkan pemimpin yang berperanan lebih aktif dalam menjaga kebajikan dan membuat keputusan yang terbaik dalam pekerjaan mereka. Sebagai contoh, jika syarikat mahu pekerja yang lebih proaktif maka program latihan dan pembangunan pekerja perlu dilaksanakan dalam menekankan pertumbuhan pekerja mahir yang lebih baik. Malangnya, sesebuah perniagaan kadang-kadang tidak jelas tentan kepentingan pekerja dan lebih berjuang terhadap perkara yang menguntungkan dalam jangka masa yang pendek.
3. Perubahan Teknologi
Dalam kehidupan kini yang serba canggih dan moden, pelbagai perubahan teknologi yang dapat dilihat dalam memastikan kehidupan yang lebih baik dan mengikut peredaran zaman. Dengan perubahan teknologi yang semakin meningkat dari masa ke semasa, perniagaan juga merupakan agensi yang turut terlibat sama dalam memastikan syarikat berada dalam radar yang meningkat secara global.
Pelbagai syarikat perlu cepat menyesuaikan diri atau berisiko ditinggalkan oleh pesaing jika ketinggalan dalam dunia yang serba moden ini. Pemilik syarikat dan juga pengurusan menghadapi cabaran dalam memastikan pekerja menerapkan inovasi dan mempelajari teknologi baru seiring dengan pesaing malah lebih baik. Program latihan dan penerapan inisiatif mampu memberikan maklumat dan matlamat yang jelas kepada pekerja agar sentiasa memahami segala kehendak semasa untuk meningkatkan ekonomi syarikat ke arah yang lebih baik berdasarkan perkembangan teknologi terkini.
4. Memupuk budaya positif
Pengurusan Sumber manusia berperanan aktif dalam pengembangan budaya positif dalam sesebuah organisasi. Peningkatan kepelbagaian budaya positif mampu menyumbang kepada cabaran membina budaya yang kohesif. Walaupun pekerja dari berbagai jenis latar belakang juga membawa idea dan perspektif baru, malah perbezaan juga menyumbang kepada berlakunya konflik dan pendapat yang boleh diketengahkan. Variasi budaya dalam nilai dan ritual mempengaruhi kemampuan pekerja untuk mencari kesamaan yang penting untuk komunikasi. Kepelbagaian budaya adalah alat yang digunakan oleh pengurusan sumber manusia untuk memberi kesan positif di tempat kerja.
5. Pelantikan Pekerja
Pengurusan Sumber Manusia hari ini harus mencari kaedah baru untuk mendapatkan pekerja yang betul melalui media sosial, membuat catatan di papan pekerjaan dan juga kaedah tradisional lain seperti menghadiri pameran pekerjaan dan menghantar surat promosi untuk menjana minat. Pekerja generasi baru lebih mencari pekerjaan yang memberikan keseimbangan antara pekerjaan dan keluarga, dan menginginkan autonomi dan kemampuan untuk membuat perbezaan dalam organisasi.
Pengurusan Sumber manusia disarankan untuk mencari kepelbagaian dalam menjana idea baru yang lebih produktif dan yang mampu membina semangat kerja berpasukan. Kekurangan bakat teknikal menyukarkan syarikat untuk mengisi jawatan khusus. Walaupun dalam tempoh pengangguran yang tinggi, syarikat yang lebih terdorong dalam bidang teknikal dan teknologi menghadapi masalah kekurangan pekerja mahir dan cekap untuk melakukan pekerjaan khusus.
Sukar bagi majikan untuk mengimbangi antara menjaga perniagaan dan melantik orang yang tepat pada waktu yang sama. Selain itu, mustahil untuk mengetahui sama ada calon yang betul sesuai sehingga mereka bekerja dalam jangka masa tertentu.