Kadar Cukai Pendapatan Malaysia 2022 Mengikut Kadar Gaji
Kadar Cukai Pendapatan merupakan salah satu sumber perolehan utama kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek prasarana, pembangunan, perkhidmatan dan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat serta negara.
Pada masa sama membantu kerajaan merangka bajet negara berdasarkan jumlah cukai yang diperoleh, sekali gus menyalurkan pelbagai subsidi atau insentif kepada golongan berpendapatan rendah.
Oleh yang demikian rakyat tidak harus memandang remeh akan isu pembayaran cukai kerana ia akan menjejaskan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Kadar Cukai pendapatan merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, ‘overtime’, komisen, elaun, yuran, dividen, sewa, royalty, pendapatan perniagaan yang diterima individu, syarikat, koperasi dan persatuan saban tahun.
Kadar Cukai Pendapatan Malaysia 2022
Banjaran Pendapatan Bercukai | Pengiraan (RM) | Kadar % | Cukai(RM) |
0 – 5,000 | 5,000 pertama | 0 | 0 |
| 5,000 pertama |
| 0 |
| 20,000 pertama |
| 150 |
| 35,000 pertama |
| 600 |
| 50,000 pertama |
| 1,800 |
| 70,000 pertama |
| 4,600 |
| 100,000 pertama |
| 10,900 |
| 250,000 pertama |
| 46,900 |
| 400,000 pertama |
| 83,650 |
| 600,000 pertama |
| 133,650 |
| 1,000,000 pertama |
| 237,650 |
| 2,000,000 pertama |
| 517,650 |