Kemudahan Kewangan Tambahan Kepada Ahli KWSP Melalui i-Citra
i-Citra KWSP adalah satu lagi pilihan inisiatif untuk meringankan beban golongan terjejas. Penyaluran bantuan i-Citra melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan membatalkan baki bayaran yang akan dibuat menerusi inisiatif i-Sinar. Baki bantuan i-Sinar akan diteruskan dikreditkan kepada pencarum yang diluluskan, selepas itu turut menawarkan satu lagi pilihan kemudahan kewangan iaitu i-Citra untuk meringankan beban golongan rentan.
Secara keseluruhan pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak akibat krisis dan pulangan yang wajar bagi pencarum yang tidak memerlukan pengeluaran. Ianya merupakan satu pilihan kerana ada banyak lagi bantuan lain yang diumumkan dalam PEMULIH terutama dalam membantu golongan rentan. Setiap inisiatif inisiatif perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan secara berasingan.
Kelayakan Amaun Pengeluaran bagi i-Citra Kwsp
-
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Syarat Kelayakan Permohonan Kwsp i-Citra
-
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
-
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
-
-
i-Akaun (Ahli)
-
Aplikasi mudah alih i-Akaun
-
Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
-
Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.