Cara mendaftar penerimaan vaksin covid 19 melalui aplikasi mysejahtera

Cara mendaftar penerimaan vaksin covid 19 melalui aplikasi mysejahtera

Selepas menanti ketibaan vaksin Covid-19, orang ramai akhirnya sudah boleh mendaftarkan melalui aplikasi mysejahtera untuk mendapatkan suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga Februari 2022.

Pemberian vaksin ini terbahagi kepada tiga fasa yang utama iaitu;

Fasa 1 (Feb-April): Diberikan kepada barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis tentera, Rela, bomba dan individu yang terlibat di barisan hadapan. Senarai nama lengkap dalam proses pendaftarannya.

Fasa 2 (April-Ogos): Adalah golongan yang berisiko seperti orang yang berumur 60 tahun dan ke atas dan juga mempunyai penyakit-penyakit kronik.

Fasa 3 (Mei-Feb 2022): Adalah bagi individu awam yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagaimana cara untuk mendaftar melalui aplikasi mysejahtera?

  1. Aplikasi MySejahtera

– Bagi pengguna sedia ada aplikasi itu, pengguna iOS dan Android perlu mengemas kini versi MySejahtera 1.0.28.

– Selepas itu akan muncul ikon ‘Covid-19 Vaccination’ yang mengandungi maklumat lengkap profil yang perlu dikemas kini sebelum disahkan.

– Untuk mendaftar, perlu menjawab empat soalan yang merangkumi minat untuk diberi vaksin, sejarah penyakit, sama ada pemohon terdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan alamat rumah terkini.

– Pemohon turut dinasihatkan untuk mengaktifkan pemberitahuan agar dapat menerima makluman mengenai status vaksinasi.

  1. Pendaftaran di laman web

Selain aplikasi MySejahtera, orang ramai juga boleh membuat permohonan itu melalui laman web www.vaksincovid.gov.my

  1. Pendaftaran secara manual

Bagi yang tidak mempunyai akses internet atau aplikasi MySejahtera, orang ramai boleh membuat pendaftaran itu dengan menghadirkan diri ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.

Selain itu, pemohon boleh menghubungi talian hotline yang akan diwujudkan tidak lama lagi.

  1. Penduduk luar bandar dan pendalaman

Bagi penduduk di luar bandar dan pendalaman, pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri yang akan mendaftar penerima vaksin di kawasan pendalaman termasuk warga emas.

Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 600 pusat yang terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikenal pasti sebagai pusat pemberian vaksin.

Sasaran suntikan vaksin ini melibatkan 26.5 juta orang atau 80 peratus populasi negara untuk membentuk herd immunity. Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 – individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

Kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di negara ini.

Pendaftran vaksin boleh dilakukan melalui dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.

Bagi pendaftaran secara manual pula, terdapat tiga kaedah yang membolehkan orang ramai mendaftar iaitu dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS). Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama merangkumi 18 langkah.

Bagaimanapun, bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital akan diberikan manakala penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.

Apakah proses vaksinasi COVID-19 yang perlu dijalani?

Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (Aplikasi MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

Langkah 2 : Terima tarikh janji temu

Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)

Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19

Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

Langkah 12 : Hadir ke PPV

Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)

Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan

Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)

Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan

Book a Demo Now!

Individu yang mengalami kesan sampingan suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com.

Sementara itu, sehingga semalam, Malaysia mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin wabak itu.

Lima pengeluar vaksin itu, Pfizer-BioNTech memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari lalu manakala empat calon vaksin Covid-19 sedang diproses untuk kelulusan NPRA.

Bekalan vaksin daripada lima pembekal itu akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula bulan ini dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran PBKD.

Vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO manakala vaksin satu dos daripada Sputnik V.

More Related Info

LHDN do not accept manual submission and payment in all LHDN branch Malaysia effective from September 2019
LHDN Malaysia do not accept manual submission
How to do Payroll Calculator
Payroll Software Based on Different Kind Of Ways
Salary Calculator Malaysia for Payroll System
epf johor bahru calculation of payroll system deduction
Malaysia Epf Calculator For Payroll System